Thursday, 28 January 2016

Snow Cheese Cake


Bismillahirrahmanirrahim....

Snow Cheese Cake ni adalah hasil isi masa lapang cuti yang lepas... Bila cuti, mood baking memang membuak-buak. Padahal bukan reti pn, semua belajar dr Haji Google jeww. Ni first time buat Snow Cheese Cake ni, dan Alhamdulillah, terus menjadi...  


Jom check resepi. Amik dari AZIE KITCHEN


Untuk KEK :
100 gram tepung gandum * (saya guna tepung superfine+self-raising flour)
60 gram tepung jagung *
1 sk baking powder *
1 sb ovalette
100 gram gula kastor
4 biji telur
2 biji telur (ambil telur kuning shj)
50 ml air sejuk (dari peti ais)
75 gram mentega cair

Untuk TOPPING, tak ikut resepi AZIE KITCHEN

Adunan topping, main agak je, tak sukat pun. Bahan plak suka2 hati je mix. 

Cream cheese
Sedikit butter
Susu pekat
Esen vanilla

Tp rasa dia memang boleh telan kat tekak la.. Selalu org akan guna whipping cream. Aku tak suka that's why buat versi sendiri.





Guna disposable aluminium pan je, senang dan habis makan terus buang... 



Yang ni 2nd time buat, satu bagi Maksu, satu untuk Ding Dang. Adunan ikut sukatan kat atas tu dapat dua pan ni. 




Ding Dang punye...  




Ni plak lupa dh yg ke berapa kali, 3 or 4 mcm tu, cousin request nak makan..  So, layan jer,..




Dah packing cantik2 mcm ni, gaya macam boleh jual dah ni, next cuti sape nk tempah boleh la! Hehee... 

Songket Tunic Blouse

Bismillahirrahmanirrahim...

Haish, cuti sekolah Disember aritu, geledah2 jumpa banyak kain2 tak guna. My Mom tukang jahit, so kain2 macam ni kadang banyak lebih, aku ni jenis geram tak boleh tengok n tak boleh duk saje, mula la datang idea macam2.. Geledah punya geledah, jumpa 5 colours yg cun2 ni...




Then, cepat2 buka beg cari kain songket. Aritu beli songket banyak, sbb jual kononnya.  So, ape lg, yg agak2 berkenan n cantik tu aku dah rembat awal2 sebelum dijual. Huhuu..

Ni ha.... Cantik x?

 

Kain dah ada, songket dah ada, so aku pun mula la bercinta dengan gunting. Potong ikut suka tangan je, takde pola khas, main agak2 je, then dah siap potong, mula date ngan Hero legend kesayangan My Mom ni...


  
*fuh* *fuh* sambil lap peluh....

Akhirnya! Yeayyy! Dah boleh pakai g jalan2....



=)

Flower Bouquet for Him

Bismillahirrahmanirrahim...

Hai semua...

Yehuu... Dalam duk busy2, akhirnya projek flower bouquet ni menjadi gak.
Nak buat sekejap je, tp masa kurang ada.

Flower bouquet ni buat special for Ding Dang untuk konvo dia. Awal2 dah pesan, jangan beli bunga untuk dia, padahal memang tak berniat nak beli pn sbb tau dah, fresh flower nnt membazir je, sbb at last jd kering.. 

So, berbekalkan kepakaran yg tak berapa nak ada ni, aku pun mula la DIY.

So, sape2 yg nk try buat boleh cari bahan2 kt bawah ni :

Lidi
Kain felt
Glu stick / Gam UHU
Wrapper
Crepe paper
Span or mende len yang sesuai (utk tapak)


1. Potong kain felt ikot pattern bunga yang kita nak
2. Gamkan kain felt di lidi
3. Buat beberapa kuntum ikut yang korang nak
4. Then balut dengan wrapper dan crepe paper...


Siap!




Ni sebelum balut. Aku buat 10 kuntum jer..



Tadaaa! Calla lilies ku.....

Da siap! Aku balut ikot suke ati jek. Wrapper reuse yang dah ada. Crepe paper je beli, tu pun harga tak sampai singgit. Jimat2. Kalau beli bunga segar tu mahal dan tak berbaloi. Yg ni boleh simpan sampai bila2...


Oh! Btw, crochet teddy bear tu aku tempah kt kawan aku....:)

Tp yg tak best nya masa Ding Dang konvo, bunga ni tinggal dalam kete sbb tak boleh bawak msuk dewan. So, takde gambar bersama bunga ni. Sobss...

:: 31102015 ::


p/s : Tak sabar tunggu Ding Dang further next step

Wednesday, 27 January 2016

Aku dan Blog

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, finally berjaya gak create new blog ni. Dah lama stop blogging since dah berkerjaya. Blog "Bingkisan Kehidupan" dah lama terkubur, almost 3 years. 

Bercerita tentang dunia blogging, banyak pengalaman yang aku dapat dan pelbagai kenangan dicipta dari mula awal blogging tahun 2008.  Tapi, satu kenangan yang aku tak kan lupakan ialah menang contest Nuffnang. Most bloggers memang tau apa itu Nuffnang.

Nuffnang ni komuniti periklanan utk blog. So, melalui Nuffnang blogger boleh jana pendapatan dr iklan2 yang diletakkan di blog. Means, bila ada visitor yg klik pada iklan dalam blog kita tu, kita akan jana pendapatan dan akan masuk ke akaun Nuffnang. So, kita boleh redeem points yang kita dapat every click tu dan Nuffnang akan hantar dalam bentuk cek pada kita. Ada masa2 tertentu, Nuffnang akan jemput kita ke event2 tertentu, dan Nuffnang ni selalu buat contest best2..

Aku pun dah lupa last earnings account Nuffnang aku..Ok, berbalik pada point kenangan Aku dan Dunia Blog td tu, one day tu, Nuffnang ada buat contest in collaboration with Samsung Galaxy Limited Edition Hello Kitty. Contest tu kita kena share satu gambar bertema friendship and letak caption yg sesuai. Mase tu aku memang tersangatla free sebab Disember 2012 baru abis study, so kat rumah kerja online je memanjang.. So, terus je join contest tu, dengan rasa "boleh ke menang ni?". Tapi tak salah mencuba kan?


Aku hantar gambar ni untuk contest tu, dengan caption :

"Water can flow, or it can crash. Be water my friends!"

Share kat FB, then tag Nuffnang. Winners dia tak letakkan syarat dengan bilangan like, tp dia lihat pada caption. A month later, aku terima emel yang aku menang contest ni! Yahoo!! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Mase tu punya la excited, terus baca emel laju2, then buka website.. 
Nah! Tengok2 nama naik kat situ... 


Nampak tak? Bangga kot sebab sorang2 Melayu kat situ.. Hehe. Hadiah contest ni bukan dapat Samsung Galaxy tu, masa awal2 tu memang dah diberitahu hadiah ialah 2 tickets ke Sanrio Hello Kitty Town kt Puteri Habour, Johor. Dalam emel tu, kita kena reply tarikh yang kita nak. Bagus gak Nuffnang ni sbb boleh choose2 tarikh. So disebabkan masa tu aku ber title penganggur, aku pilih tarikh June 2013, dengan harapan masa tu dah posting so, ade la pocket money nak ke sana tu. After dah reply emel tu, lama jugak aku menunggu utk dapatkan voucher tikcet tu, almost 3 month jgk. Masa tu dh hampir pasrah dh sbb ingat Nuffnang tipu (kui3x). Tak silap aku bulan April baru dapat attachment tickets kat emel.

Malangnya, aku tak dapat pergi pun Hello Kitty Town tu atas kekangan2 tertentu. 1st, masa tu tak posting lagi, so rasa berat sangat dr Terengganu nak ke Johor at dat time, plus masa tu sedara aku kawen.. Ticket tu aku print n simpan buat kenangan jekk... Sobs..



So, tu la antara kenangan yg paling manis sepanjang aku blogging. Now, dh ada new blog ni, tengah fikir2 nak letak iklan Nuffnang lagi ke tak. Account Nuffnang sebelum ni pun dah lupa password segala.. Sekian cerita AKU dan BLOG. 

=)


 Keep Calm and Stay Tune!